Tuesday, January 20, 2009

Anakku..jangan engkau persekutukan Allah

Perkara pertama yang diajar oleh Luqman kepada anaknya ialah jangan Syirik kepada Allah. Disebutkan di dalam wasiat ini,bahawa syirik kepada Allah adalah kezaliman yang amat besar. Mengapa? Kerana ia mengandungi syirik terhadap Rububiyatullah (Allah Yang Maha Berkuasa memelihara alam semesta ) dan syirik terhadap Uluhiyatullah (Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah).

Meskipun syirik terhadap Uluhiyatullah lebih ringan dari syirik terhadap Rububiyatullah, akan tetapi Allah tidak akan mengampuni dosa orang yang mati dalam hal demikian! Syirik sebesar-besar kezaliman. Zalim pula berarti meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya. Lagi sekali kita ingin mengajukan soalan. Mengapa syirik dikatakan zalim? Telah disepakati,bahawa Allah lah yang menciptakan makhluk semesta alam. Allah jua yang menurunkan nikmat. Adakah layak kita samakan kekuasaan Allah ini dengan sesuatu kuasa yang lain? Jika ada di kalangan manusia yang menyamakan kekuasaan Allah dengan kuasa yang lain maka ia telah melakukan kezaliman!!!

Allah sahaja yang layak disembah dan diagungkan kerna apa yang dilakukan-Nya itu tak mampu dilakukan oleh kuasa lain. Tetapi jika kuasa lain yang diagungkan,maka inilah kezaliman.Iaitulah meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya.............

"Wahai anakku....
Janganlah engkau mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah itu adalah kezaliman yang amat besar."

2 comments:

cahlorrel said...

assalamualaykum
Cahlorrel mengucapkan : selamat menunaikan ibadah puasa ramadhan 1430 H

Akhmad said...

Trimakasih Cahlorrel, soga Allah berkan kepada kita semua agar dapat menjalankan ibadah dan beramal sholeh sebaik-baiknya di bulan ini.